• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

Aktiviti

Teknik Menjawab Soalan SPM Perdagangan 2012
oleh Pn. Anitah Mohd. Said





Lagu Tema Bulan Teknik & Vokasional 2010

Standing In The Eyes Of The World 

Pahit getir hidup… dan pengorbanan 
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
(Korus)
Kini “Standing In The Eyes Of The World”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar “Standing In The Eyes Of The World” 
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba






Lagu Motivasi Bulan Teknik & Vokasional 2010
Lirik Sekolahku Sayang - Haji Zainal bin Haji Bujang

Lagu: We Are The World

Jasa mu tetap kan dikenang,
Mencurahkan bakti tak terbilang
Melahirkan insan cemerlang gemilang
Itulah sekolah ku sayang

Dikau bekalkan kami semua
Ilmu pengetahuan berguna amat berharga
Pandulah kami ke puncak jaya
Sejahtera bahagia, sekolahku sayang

Sekolahku, sekolahku sayang
Hasrat sucimu tak ku hampakan
Kami semua sayang pada mu
Engkaulah sinar bawa harapan

Mari kita bersama-sama
Amalkan nilai agama moral hidup sejahtera
Kasih dan sayang bawa bahagia
Hidup aman harmoni, sekolahku sayang

Sekolahku sayang sekolahku sayang
Jasa murnimu kami semua hargai
Kasih dan sayang kami terhadapmu
Tidak terhingga ke akhir hayatku

Marilah kawan dan sahabat
Sekolah ceria bawa berkat
Kasih dan sayang saling muafakat
Bahagia di dunia akhirat






Ceramah - Impak Teknologi Dalam Kehidupan Remaja - 27 Julai 2010 ( Selasa )














Permasalahan sosial di kalangan remaja kini berada di tahap serius. Pelbagai aktiviti yang tidak bermaruah sering terpapar di dada akhbar. Antara gejala yang begitu ditakuti oleh semua pihak ialah pembuangan bayi di kawasan tandas, pembuangan sampah, di longkang ,di masjid dan di merata tempat. Kejadian ini berlaku disebabkan ceteknya pegangan agama dan kesan penyalahgunaan teknologi di kalangan remaja.

Ceramah ini diadakan untuk memberi sedikit kesedaran tentang risiko yang akan dihadapi sekiranya para remaja salah menggunakan teknologi.Sebaliknya remaja perlu peka akan kepentingan teknologi dalam usaha membina kecemerlangan diri .


Program E-Learning ( 24 Julai 2010 - Sabtu )











Program E-Learning merupakan salah satu aktiviti sempena Bulan Teknik dan Vokasional yang diadakan dari 5 Julai hingga 30 Julai 2010 yang bertema “ Teknologi Wadah Kecemerlangan “
Matlamat
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru penggunaan kaedah E-Learning semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Objektif:
· Meningkatkan pengetahuan dalam bidang ICT
· Membina bahan Pengajaran dan Pembelajaran
. Mengaplikasikan E-Learning dalam proses pengajaran
Semoga semua guru selesa dan seronok menjalani program ini dan dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan. Insya Allah....


Program Pengukuhan Pelajar Teknikal dan Vokasional






PENGENALAN
Program Pengukuhan Pelajar Unit Teknikal dan Vokasional merupakan aktiviti gabungan yang melibatkan enam buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.Sekolah yang terlibat ialah SMK Teknik Bukit Piatu, SMK Teknik Melaka Tengah, SMK Tinggi Perempuan,SMK Tinggi Melaka dan SMK Bukit Katil
MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar bagi menghadapi SPM pada tahun ini. Diharapkan program ini juga dapat merapatkan hubungan antara sekolah.
OBJEKTIF
  • Mendedahkan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan.
  • Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang Lukisan Kejuruteraan.
  •  Memupuk budaya cinta akan ilmu pengetahuan serta meningkatkan sahsiah pelajar
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini....semoga para pelajar teruskan usaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang

Pertandingan Memasak

Kunjungan Para Pelajar ke Pameran LK / RC / ICT




Ceramah Kerjaya-Kimpalan

Aktiviti BTV pada hari Khamis, 8 Julai 2010..Encik Maslan menyampaikan cenderamata kepada penceramah..terima kasih diucapkan atas ilmu yang disampaikan kepada pelajar-pelajar MPV..
Ceramah Motivasi-Pelajar Cemerlang


Aktiviti BTV pada hari Rabu, 7 Julai 2010 disampaikan oleh Kaunselor Cemerlang Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sharifah Rodziah, Puan Rubiah binti Md. Noh (Umi B)...semoga para pelajar yang dikasihi mendapat pengajaran dan mengamalkannya dalam kehidupan untuk menjadi pelajar yang cemerlang :)
Pameran Peralatan dan Hasil Kerja Pelajar

Nyanyian Lagu Tema ,Perasmian Pameran dan Blog BTV
Majlis Perasmian BTV 2010


Aktiviti Bulan Teknik & Vokasional 2010
Tarikh: 5 hingga 30 Julai

Aktiviti: Pertandingan Memasak, Kursus Seni Kecantikan, Pertandingan Memasang Projek Elektronik, Demo Jahitan, Kuiz, Pameran Hasil Kerja pelajar dan peralatan MPV, Ceramah Kerjaya Dalam Bidang Latihan Kimpalan, Pertandingan Melukis Poster, Teknik Menjawab Perdagangan, Peta Minda Teka Silang Kata, Ceramah Keusahawanan, Pameran Hasil Kerja Pelajar dan Peralatan Lukisan Kejuruteraan dan Reka Cipta Papan Pengisian P&P LK Maklumat Pengajian dan Peluang Kerjaya, Micro-teaching LK, Pertandingan LK dan RC, Kuiz ICT, Ceramah Dunia Remaja, Ceramah Motivasi, Lagu Motivasi, Tayangan Filem Motivasi, Anugerah Peningkatan Prestasi Mata Pelajaran Terbaik, Anugerah Pelajar Cemerlang, E-Learning, dan Program Analisis Item


*semoga para pelajar mengambil peluang untuk menyertai aktiviti yang dirancang..rujuk papan kenyataan bidang Teknik & Vokasional ( di hadapan Bilik Tayang )...jangan lupa, ye....
Pengenalan Bulan Teknik dan Vokasional 2010 (5hingga30Julai)

1.0 Pengenalan
Bulan Teknik dan Vokasional di peringkat sekolah bertemakan Teknologi Agen Kecemerlangan . Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan pelajaran Teknik dan Voksional dalam dunia kehidupan kini. Di samping itu pelbagai aktiviti diadakan bertujuan membina minat dan sahsiah para pelajar.
2.0 Matlamat
Bulan Teknik dan Vokasional ini diadakan bagi meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran Teknik dan Vokasional dalam mencapai matlamat untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan Falsafah Pendidikan.
3.0 Objektif

3.1 Memperkenalkan pengisian mata pelajaran Teknik dan Vokasional.
3.2 Mendedahkan peluang pengajian dan prospek kerjaya yang berkaitan
3.3 Memberi peluang kepada pelajar menggunakan daya kreativiti dan daya rekacipta.
3.4 Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang bidang ICT dalam era globalisasi
3.5 Memupuk budaya cinta akan ilmu pengetahuan.
3.6 Menggalakkan pelajar mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.
3.7 Meningkatkan sahsiah para pelajar

Persiapan Guru & Pelajar Sebelum Bulan BTV
Cikgu, hati2! Berat cardboard tu!!....Cikgu Maslan membuat persiapan di Makmal Cyber...Cikgu Shazni membuat persediaan pelancaran roket standard antarabangsa ke puncak angkasa..murid2 berlatih menyanyi opera...Puan Zakiahtyul (guru pelatih UPSI) sebagai director teater 'Standing in the Eyes of the World'....Cikgu Norhana, hati2 duduk sorang2 tu...barisan pelajar bersedia untuk dinilai...
Read More 0 comments | | edit post
Home

  • SMK Seri Kota
      Air Leleh, 75050 Melaka.
  • Bidang Teknik Vokasional

    • Home
    • Amanat Tn. Pengetua
    • Pengenalan
    • Carta Organisasi
    • Maklumat Mata Pelajaran
    • Perancangan Tahunan
    • Peperiksaan dan Analisis
    • Program Kecemerlangan
    • Motivasi
    • Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    • Bahan Pendidikan
    • Aktiviti
    Helicopter MD Helicopters MD 500

    About Me

    My photo
    Pn. Anitah Mohd. Said
    View my complete profile

    Anda Pengunjung ke

    Followers

    Hargai Masa

    Pautan

    • Bahagian Teknik & Vokasional
    • Blog SSN SMK Seri Kota
    • BTP Negeri Melaka
    • Jabatan Pelajaran Melaka
    • Pengurusan Kurikulum SSNM SMK Seri Kota
    • Perdagangan SSNM SMK Seri Kota
    • SSN SMK Seri Kota
    • TV Quran
    • Universiti islam Antarabangsa
    • Universiti Kebangsaan Malaysia
    • Universiti Malaya
    • Universiti Malaysia Pahang
    • Universiti Pendidikan Sultan Idris
    • Universiti Sains Malaysia
    • Universiti Sultan Zainal Abidin
    • Universiti Teknikal Malaysia
    • Universiti Teknologi Malaysia
    • Universiti Teknologi MARA
    Powered by Blogger.
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright Bidang Teknik Vokasional. All rights reserved.
    Blogger Templates | Free Wordpress Templates. presents HD TV Watch Futurama Online. Featured on Singapore Wedding Favors.
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top